Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Monday, 19 January 2015

5 Perkara Yang Jelik & Pelik Sekitar Juara Lagu (AJL29) Yang Tak Patut Kita Lihat!


Seperti yang semua tahu, malam tadi telah berlabuhnya tirai Juara Lagu 29 dengan menyaksikan lagu yang bergenre hip hop diangkat sebagai juara. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Namun, korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi? Kalau tak, nah baca ni :
1. Qu Puteh Overshadow AJL29

Kalau korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’. Ya, kami tahu Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial. Tak percaya? Tengok ni.

Friday, 22 August 2014

Isteri Pelakon Terkenal pendam rahsia suami berzina selama setahun kerana sayang







Demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina lebih 20 tahun lalu seorang isteri sanggup menanggung dosa dan memendam rasa sekian lama walaupun mengetahui suami ‘makan luar’ dengan melanggan pelacur untuk memuaskan nafsu.

Bebanan perasaan itu mula ditanggung wanita dikenali sebagai Zalina, 40-an sejak mereka berkahwin kerana suaminya seorang kaki perempuan, tetapi tidak terlalu serius kecuali setahun kebelakangan ini apabila dia mula berani melanggan pelacur dan menjadi ahli VIP sebuah kelab pelacuran atas talian.

Walaupun perkahwinan mereka dibina atas pilihan keluarga, namun suri rumah itu menyayangi suaminya sepenuh hati dan tidak sanggup berpisah, sedangkan mengetahui dia melakukan perbuatan tidak bermoral dengan wanita lain.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia mengetahui suami mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral sejak setahun lalu selepas mendapati dia sering memberi alasan menghadiri mesyuarat, shooting dan makan malam syarikat untuk keluar dari rumah walaupun di hujung minggu.

“Saya pernah bertanya kepadanya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi saya hanya mendapat amukan dan maki hamun daripadanya.

Sejak itu saya tidak berani bertanya dan banyak memendam perasaan sehingga memudaratkan kesihatan.

“Semua saya lakukan untuk menjaga maruah suami, diri sendiri selain mengelakkan anak mendapat kesan negatif daripada perbuatan bapa mereka, tetapi saya mula berfikir sampai bila saya perlu menanggung dosa diatas perbuatannya,” katanya.

Zalina berkata, perubahan drastik oleh suaminya menimbulkan pelbagai persoalan, sedangkan sebelum ini dia sering ‘melekat’ di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan kerja atau mesyuarat.

Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dia memeriksa telefon bimbit suaminya secara diam, untuk mendapatkan kepastian.

Katanya, alangkah terkejut apabila menemui pelbagai SMS dan WhatApps temu janji dengan wanita di hotel bajet sekitar Lembah Klang yang dihantar individu tertentu termasuk wanita.

“Selepas menyiasat saya dapati suami melanggan ‘cheong’ atau gadis pengiring dari sebuah laman sosial Facebook (FB) dikenali SMO (Seks Melayu Official), malah dia menjadi ahli VIP kelab berkenaan untuk menikmati pelbagai keistimewaan.


“Saya tidak sangka suami terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu sedangkan selama ini hidup kami amat bahagia.

Malah, saya geli geleman apabila membaca beberapa SMS berbaur lucah yang dihantar wanita yang pernah dilanggannya,” katanya.

Zalina berkata, walaupun dia boleh dikategorikan sebagai individu yang buta teknologi, tetapi cuba menyiasat dengan membuat kajian di Internet dan FB mengenai maksud gadis pengiring atau ‘cheong’ dan menganggap ia satu kegiatan pelacuran kelas atasan.

Apa tidaknya, dia berkata, bayaran yang dikenakan untuk menjadi ahli mencecah ribuan ringgit, malah bayaran keahlian lebih tinggi jika ingin menikmati kemudahan lebih istimewa.

Tetapi yang menyedihkan, katanya kebanyakan wanita yang diperdagangkan dalam pusat pelacuran maya itu adalah wanita Melayu, dan lebih mengejutkan ada antara mereka gadis bertudung dan isteri orang.

Selepas mengetahui perbuatan suami, Zalina berkata, dia hanya mampu mengadu kepada Allah dengan memperbanyakkan solat hajat dan berdoa supaya suaminya yang berusia lebih 50 tahun itu diberikan hidayah untuk berubah satu hari kelak.

Malah, dia juga mengambil keputusan memaklumkan kepada ahli keluarga dan meminta mereka melakukan perkara sama supaya suami menyedari perbuatannya.

“Saya terlalu menyayanginya dan tidak sanggup berpisah, pada masa sama saya memikirkan nasib anak yang bersekolah.

“Jadi, sekarang saya perbanyakkan doa dan sering mengadakan sembahyang hajat supaya suami dilembutkan hati dan sedar kesilapannya, serta bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, saya rasa ini usaha terbaik yang saya boleh lakukan supaya suami insaf,” katanya.

Sambil mengakui suaminya seorang yang berpendidikan tinggi, Zalina cuma berharap suatu hari kelak doanya dimakbulkan Allah dan kerukunan rumah tangga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

“Dia seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan bagus.

Malah, sebagai isteri saya juga percaya dia boleh berubah…

Kini saya berdoa dan berserah kepada Allah semoga satu hari kelak ada perubahan dan penyesalan dalam dirinya,” katanya.

“Saya sedar saya tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, tetapi sebagai isteri sayaberharap ada sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Zalina berkata, dia dijodohkan dengan suami ketika berusia 18 tahun manakala suami 28 tahun, dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak.

Terbongkar!!!! Itu bukan koleksi saya!'Rozita Che Wan:





SEJAK dahulu lagi, nama Rozita Che Wan, tidak pernah sunyi daripada pelbagai jenis kontroversi.

Walaupun Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, ini pernah memberitahu perkahwinannya pada Disember tahun lalu diharapkan dapat menamatkan kontroversi, namun ianya dilihat masih belum berakhir.


Lumrah kehidupan selebriti, apa sahaja yang dibuat pasti ada cacat celanya walaupun perkara itu bukanlah disengajakan.

Terbaharu, perkongsian foto suaminya, Zain Saidin yang baharu sahaja menjalani rawatan bekam, mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Menariknya, foto itu turut disertakan dengan gurauan Zain bertulis 'Apabila Rozita Che Wan buat love bite'.

Melihat perbualan dan komen peminat di Instagram pelakon Oh My English itu, rata-rata menganggap ianya hanyalah gurauan nakal Zain.

"Saya tak nampak apa-apa yang pelik pun pada gambar itu. Orang bodoh sahaja yang cakap saya yang buat 'love bite'.

"Pada saya, Zain hanyalah ingin bergurau dan melawak. Itu sahaja," kata pelakon Kiah Pekasam ini.

Pun begitu, perkongsian gambar berkenaan turut mencuri tumpuan banyak 'mata' ke arah longgokan beg tangan berjenama di atas almari, kononnya milik Che Ta.

Bertanya mengenai perkara itu, bakal ibu ini menafikan koleksi itu adalah miliknya.

"Itu bukan koleksi beg tangan saya! Itu adalah kepunyaan ibu saya dan foto itu dirakam ketika berada di rumahnya," katanya.

Enggan mengambil pusing cakap-cakap orang mengenai dirinya dan keluarga, Che Ta mengakui dia sudah lali dengan semua itu.

Kata pelakon drama, Kiah Pekasam ini, dia tidak akan melatah dengan isu sebegini kerana ianya sudah biasa menghimpit dirinya.

"Sebenarnya, saya malas dah nak ambil pusing mengenai perkara begini kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Biarlah mereka nak kata apa pun, saya dah biasa dengan benda begini," katanya yang bakal melahirkan cahaya mata ketiganya pada Oktober nanti.

Hampir 16 tahun tidak mengandung, kini di usia 41 tahun, Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.

Akui tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama bagi perkahwinan keduanya itu, Che Ta memberitahu proses kehamilannya membawa kepada beberapa perubahan.

"Walaupun saya tidak mengalami alahan teruk dan mengidam macam-macam, namun saya tidak terlepas dari pertambahan berat badan lebih kurang 17 kilogram.

"Selain itu, sejak hamil ini, saya suka makan burger daging, Sebelum ini, memang saya tak makan.

"Perubahan emosi seperti cepat marah juga ada tapi tidaklah keterlaluan," katanya.

Lebih menekankan soal keselamatan kandungan dan memberi penjagaan yang sewajarnya, ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini telah mula berehat dari kerja-kerja lokasi sebelum Ramadan lagi.

"Insya-Allah, saya merancang untuk menjaga sendiri bayi kami nanti sehingga habis tempoh berpantang dan menyusu.

"Selepas itu, barulah saya mempertimbangkan untuk kembali bekerja," kata duta Safi Rania Gold ini.

Wednesday, 20 August 2014

» Kalaulah Boleh Memilih Antara Dua :P






subhanallah... cantiknya ciptaan Tuhan...


kedua-dunya berasal dari negeri yang sama...


tapi sayang sekali...


kedua-duanya juga sudah mempunyai buah hati...


masihkah ada ruang untukku...


sekadar entry merapu lagi... :P

3 Gambar Terbaru Sharifah Sakinah Bersenam Sambil Tayang Body




Sharifah Sakinah sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi akaun Instagramnya apabila memuat naik sekeping gambar yang memperlihtkan bentuk payudara dan bodynya yang seksi semasa bersenam dengan kapsyen "Get fit be healthy with @fitnessakinah @the30minutetrainer."


Seorang follower menulis teguran berikut "respect islam, respect yourself...then people will respect u more..."


Apapun, tidak dinafikan Sakinah memang seorang yang seksi dan rajin bersenam.





Sunday, 10 August 2014

Baju Putih Ketat Hanis Zalikha Cetus Kontroversi Hebat

Hanis Zalikha, nama yang agak kurang kontroversi dengan penampilan bersahaja dan simple beliau.

Beliau yang juga seorang blogger dan kini begitu popular sebagai selebriti, kini menjadi perhatian masyarakat. Apa sahaja yang dipakai, dibuat pasti menjadi tumpuan.

Terkini, sekeping foto beliau yang dipercayai diambil dari laman Instagramnya telah dimuat naik oleh blogger Rotikaya. Seperti biasa, foto yang dimuatnaik oleh blogger kontroversi ini pasti ada sesuatu yang menarik perhatian.

Ternyata foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Foto tersebut menampilkan Hanis memakai sleeveless t-shirt ketat berwarna putih di atas sebuah bot. Dengan penampilan sedemikian, sudah pasti mengundang pelbagai reaksi...
Apa pula reaksi anda?


Gambar Terbaru Hanis Zalikha Cetus Kontroversi Di Laman Sosial!




2 Gambar Terbaru Hanis Zalikha Cetus Kontroversi Di Laman Sosial! - Mak oii! kuatnya anis makan... sampai 4 piring hihi... kalau ye pun ajaklah admin makan sekali :




Gambar ini dikongsikan oleh Hanis di akaun Instagramnya menimbulkan tanda tanya peminat kerana ada 3 lagi piring makanan yang berada di sebelahnya...


takkanlah semua makanan dalam piring tu anis yang makan semua kot hihi...


apapun... selamat menjamu selera ye Hanis...






Foto wajah Emma Maembong penuh 'tompokan air mani' Tersebar !





FOTO (kiri) wajah Emma Maembong yang diubah suai dengan diletakkan ‘tompokan air mani’, manakala gambar kanan adalah gambar asal pelakon itu dalam telefilem Yess Boss Raya. Hari ini Emma tampil dengan menyelar sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengubahsuai gambarnya itu sebagai tujuan memburuk-burukkannya. - Foto BHonline

KUALA LUMPUR: Emma Maembong menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambarnya untuk tujuan memburukkan kekasih hati kepada Zizan Razak itu.

Pelakon telefilem Yess Boss Raya terbitan Zeel Production di TV3 jam 9 malam itu tidak gusar dengan penyebaran gambar yang menampakkan tompokan yang kononnya air mani di wajahnya.

Gambar berkenaan kini tersebar dan menjadi sebutan di alam maya.

"Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah.

"Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul," katanya.

Telefilem Yes Bos Raya diarahkan Pyan Screw dan turut dibintangi Fahrin Ahmad, Noorkhiriah

Friday, 1 August 2014

Amar Baharin Sanggup Datang Jauh Beraya Bersama Izreen?




Sebelum ini pelakon Amar Baharin pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga aktres Izreen Azminda degan suaminya Muhammad Riza.
Namun aktor yang popular menerusi drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini memandang sepi gosip tersebut serta tidak menghiraukan tanggapan umum mengenai keakraban hubungan mereka.


Sempena Syawal baru-baru ini, Izreen telah memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya beserta kapsyen yang menunjukkan seakan-akan Amar Baharin sanggup datang dari jauh untuk beraya bersamanya.

“Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la....so sweeetttttt...tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i...” tulisnya.seperti ingin menyampaikan suatu mesej yang tersirat.




Antara gambar yang dimuat naik oleh Izreen di Instagram
Tindakannya itu telah mendapat pelbagai reaksi peminat sama ada positif mahupun negatif serta tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.

Terdahulu, kisah sensasi di antara dua selebriti ini mula bertebaran sejak kemunculan mereka di dalam drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’.

Di mana keintiman lakonan mereka dikatakan terbawa-bawa hingga ke luar set dan telah mengundang kontroversi serta menjadi bualan.

Peminat yang kurang senang dengan aksi mereka telah mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu masih tempoh edah sekaligus menguatkan lagi andaian umum tentang keintiman kedua mereka ini.

Selain itu Izreen juga pernah mengakui bahawa dia dan Amar mempunyai keserasian yang luar biasa ketika bergandingan menerusi drama tersebut.

Izreen Azminda dan bekas suami, Muhammad Riza telah bercerai 10 Jun lalu setelah berkahwin pada 31 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia setahun

MAYA KARIN CERITA INSIDEN MEMALUKAN KETIKA RAYA.





Setelah sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa, akhirnya tiba juga Syawal yang dinantikan.Hurm..Setiap orang pasti mempunyai kenangan yang tak dapat dilupakan semasa menyambut hari raya Aidilfitri bukan?



Tak kiralah sama ada ia merupakan kenangan manis ataupun pahit, sudah pasti ia akan tersemat dalam sanubari anda buat selamanya.


Begitu juga dengan si cantik jelita Maya Karin yang tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai insiden memalukan yang berlaku kepadanya semasa hari raya pertama. Memalukan macam mana ya?



Terkenang zaman kanak-kanak ya Maya?


“Saya akan selalu ingat semasa mak jahitkan baju kurung saya yang pertama masa saya umur 7 tahun. Tapi saya sangat nakal dan ‘tomboy’ masa tu.


Tak sampai satu jam, baju dah koyak dan berlubang besar. Jadi, sepanjang raya pertama, saya kena juga beraya dengan baju yang dah koyak.”


La.. nakal rupanya Maya waktu kecil-kecil dulu ya. Nasib baik bila dah besar jadi wanita sejati. Macamana pula dengan anda semua? Ada insiden memalukan juga ke masa raya? Kalau ada, bolehlah kongsikan di sini!.



Sunday, 20 July 2014

ZAHIDA RAFIQ NAFI TUDUHAN MAK LAMPIR!

Pu3 memang terim berita dan baca sendiri apa yang ditulis oleh suarakeadilandaily semalam. Wahhh dahsyat. detail jumlah yang dinyatakan tetapi peliknya kenapa boleh lupa tarikh? kalau dah ikut bank in, takkan tarikh resit tak simpan ? andai benar ada hubunganpun... zahida is single and available, tak mustahil dimiliki kelak. apapun pu3 nak kongsi je gambar ini


baca pula twitter nya




Monday, 14 July 2014

(18 GAMBAR)Aksi Selebriti Tonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014













Memang menarik tengok ratusan manusia menjerit menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Macam-macam gaya. Apa pun rasanya memang ‘best team’ dah menang. Bila la agaknya nak merasa dapat sokong pasukan negara sendiri kat Piala Dunia. Mesti syok gila perasaan tersebut. Mungkin Maya Karin yang berdarah German memahami keseronokan melihat negara darahnya mengalir menjulang Piala Dunia.

Sama-samalah kita berharap agar Malaysia sempat masuk Piala Dunia sebelum dunia ini berakhir. Lagi beberapa gambar aksi selebriti tempatan menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2014 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



















Friday, 11 July 2014

Emma Maembong dedah perangai sebenar Zizan Razak

Sesebuah hubungan cinta itu tidak akan selamanya menggembirakan dan pasti ada dugaannya juga. Ini kerana dengan dugaan itulah lebih banyak perkara boleh dipelajari tentang perangai sebenar pasangan masing-masing berbanding jika hanya berseronok dan mengharapkan hubungan baik-baik sahaja.

Mungkin fasa tersebut sedang dilalui pasangan sensasi terkini, Emma Maembong dan Zizan Razak. Aktres berusia 22 tahun itu dikhabarkan telah memuatnaik sekeping foto di laman Instagram yang mengandungi tulisan tersirat dan seakan membayangkan hubungannya dengan Zizan sedang bermasalah.

Antara isi kandungan foto berkenaan ialah luahan sayu Emma bagaimana dirinya tidak begitu mendapat perhatian, layanan dan dihargai oleh seseorang yang paling rapat dengannya. Adakah individu yang dimaksudkan ialah Zizan Razak?

Menariknya semalam, pelawak terkenal itu semalam menafikan kenyataan Emma baru-baru ini ditujukan kepadanya. Jika demikian, untuk siapakah tulisan itu dinyatakan?


'Nasi Lemak' Fazura Cetus Kontroversi Peminat


Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka kerana penampilan mereka di bulan mulia kurang disenangi.

Apa yang mencuri tumpuan penulis, peminat mempersoalkan pemakaian Fazura kerana tidak memakai push-up bra sehingga menyebabkan payudaranya jatuh hingga ke perut. saksikan -




Popular Posts