Tuesday, 15 July 2014

Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar Che Ta Berhenti Berlakon




Kesian Che Ta, sampai menangis kerana dikutuk dalam satu rancangan memasak, gambar ni dah lama sebenarnya.. masa Che Ta aktif berlakon lagi :P


Ok kita lupakan dahulu gambar diatas.


Khabarnya Che Ta kini ingin memperlahankan aktiviti lakonannya dan memberikan fokus kepada syarikat produksinya, Padusi Pitcure Sdn Bhd & rangkaian jenama tudungnya. Wah.. alhamdulillah...


Katanya kepada media;


“Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan”


Nampak gaya macam tak mustahil Rozita Che Wan bakal ikut jejak rakan-rakannya berhijab dengan memperlahankan aktiviti lakonan & menjual koleksi tudung selepas ini?


Kita doa-doakan la yea... dan semoga semuanya berjalan dengan lancar

No comments:

Post a Comment

Popular Posts