Sunday, 20 July 2014

KENYATAAN BIADAP PRESIDEN ISRAEL!!!





Huh!!! Nampak gayanya, Rejim Zionist Israel ni semakin hari semakin angkuh dan sombong apabila ada yang mempertikaikan tindakan kejam mereka terhadap rakyat Palestin.



Ianya termasuk la kerisauan dari Kerajaan Amerika Syarikat sendiri melalui Hillary Clinton dalam satu perjumpaan diantara mereka yang diadakan sebelum ini.


Tegas Presiden Israel, mereka menghargai sokongan rakyat Amerika terhadap keselamatan dan juga perjuangan Israel yang telah diberikan selama hari ini.


Malah Presiden Israel itu juga mendakwa kononnya mereka berjuang demi untuk menyelamatkan nyawa orang awam dari pejuang - pejuang Palestin.


Dalam masa yang sama, dia juga turut menuduh kononnya pejuang - pejuang Palestin tu yang menyebabkan pembunuhan orang awam secara besar - besaran.


Selain itu, Presiden Israel itu turut menjelaskan bahawa pihaknya akan tetap mengambil apa sahaja tindakan yang diperlukan untuk mempertahankan rakyatnya.
"Ianya (perang) merupakan satu perkara yang tidak perlu dijelaskan kepada sesiapa termasuk rakyat dan juga Presiden Amerika."
Nah!!! Nampak gayanya puak - puak Yahudi ni memang tidak akan tunduk kepada sebarang desakan dari mana - mana pihak untuk menghentikan kekejaman mereka.


Ini termasuk la desakan dari pihak Amerika Syarikat sekali pun. Mereka tetap akan melakukan kekejaman dan keganasan yang dikatakan berpihak kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts