Kalian boleh rujuk di laman web Perodua sendiri tentang spesifikasi Perodua Axia.Saya hanya menulis dengan perasaan dan berharap luahan perasaan saya terhadap kereta ini membantu pembaca membuat keputusan yang tepat.
Saya berpuas hati dengan harga.Dengan jangkaan harga bawah RM27k. Saya anggap bukan bebanan untuk memilikinya secara tunai.Jika kalian ada simpanan tunai dan memang keperluan maka belilah secara tunai.Paling tidakpun buat ansuran sebanyak 3 kali bayaran.
Jentera hebat ini digerakkan oleh enjin berkapasiti 1000cc.Memang bagus kalau dibandingkan dengan enjin versi Perodua Kancil 660cc atau Perodua Viva 850cc.Sesuai dengan dengan tagline Perodua sendiri iaitu Lagi Power Lagi Best.Ya tak?
Penggunaan minyak mesti diambil kira juga.Dengan kereta kompak dan kapasiti enjin 1k cc saya yakin penjimatan minyak akan lebih ketara.Jimat minyak maka jimat belanja.Dapatlah pengaliran duit keluar dari poket dikawal sebaik mungkin.
Kesimpulan dari admin,
Saya rasa cukup di sini luahan saya dengan Perodua Axia.Lainlah kalau ada pengedar kereta yang cari saya untuk buat komersial advertorial.Bolehlah cerita panjang sedikit.
Namun ikhlas dari saya bahawa Perodua Axia memang saya suka.Jika ada pembaca yang nak beli maka silakan ke pengedar Perodua yang berdekatan dengan rumah kalian.
No comments:
Post a Comment